top of page
Search
Writer's pictureEntertainment News

‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR'


Kharisma Music Persembahkan Konsert Istimewa Maliq & D’Essentials Di Kuala Lumpur Pada Disember Ini


KUALA LUMPUR, 11 September 2024 – Syarikat penganjur konsert terkemuka tanah air, Kharisma Music sekali lagi mempersembahkan sebuah pengalaman muzik yang luar biasa, band jazz dan soul terkenal Indonesia, MALIQ & D’Essentials dalam sebuah konsert digelar ‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR’ pada 29 Disember 2024 ini, bertempat di Megastar Arena, KL bermula jam 8:00 malam.

“Kharisma Music telah terbang ke Jakarta bagi mendapatkan hak eksklusif untuk mengadakan konsert MALIQ & D’Essentials di Kuala Lumpur buat peminatnya di Malaysia,” kata En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music.



Band yang mula ditubuhkan pada 15 Mei 2002 ini buat pertama kalinya mengadakan konsert secara besar-besaran di dua buah negara, Indonesia dan Malaysia dalam siri jelajah mempromosikan album terbaharu mereka berjudul ‘Can Machines Fall In Love?’ (CMFIL?) yang dilancarkan pada bulan Mei lalu.

Ini merupakan album ke-9 band tersebut setelah 22 tahun berada dalam industri muzik. Dianggotai Angga Puradiredja, Indah Wisnuwardhana, Widi Puradiredja, Jawa, Lale dan Ilman Ibrahim, mereka teruja untuk mengadakan konsert di beberapa provinsi di Indonesia, dan yang terakhir di Malaysia.

“Ini adalah siri jelajah pertama kami setelah lebih dari 20 tahun berkarya sejak ditubuhkan. Peminat di Malaysia boleh menjangkakan persembahan selama 2 jam lebih dengan membawakan lebih daripada 20 buah lagu kesemuanya, termasuk gubahan muzik istimewa, dan dilengkapi dengan kemasan audio visual serta penataan cahaya yang menarik.

“Yang pasti, konsepnya berlainan daripada apa yang pernah kami tampilkan sebelum ini,” kata Widi, pemain dram MALIQ & D’Essentials.

Widi turut memberitahu walaupun lagu-lagu yang terkandung dalam album CMFIL? akan dinyanyikan ketika konsert, mereka turut memasukkan lagu dari album-album sebelumnya. Hal ini dilakukan agar konsert berjalan lancar, kerana belum tentu kesemua penonton tahu dan hafal akanlagu baharu MALIQ & D’Essentials.

Konsert ini bukan hanya tentang menyanyikan lagu-lagu viral seperti ‘Kita Bikin Romantis’, ‘Aduh’ atau ‘Begini Begitu’, bahkan lebih dari itu di mana MALIQ & D’Essentials dapat berinteraksi secara langsung dengan peminat-peminat mereka untuk meraikan pencapaian dalam berkarya dua dekad lamanya.

En. Ahmad Jeffny berharap agar penonton yang hadir bakal terhibur dengan persembahan dari MALIQ & D’Essentials kerana kemunculan mereka amat dinanti-nantikan di Malaysia, katanya, “Semoga pembeli tiket dapat merasai sendiri malam penuh romantis dengan alunan lagu-lagu mereka yang membuai perasaan serta mengembalikan nostalgia masa lalu.



Tiket-tiket ke konsert ‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR’ sudah pun mula dijual pada 3 September 2024 lalu di laman web www.ticket2u.com/maliq&d’essentials dan terbahagi dalam beberapa kategori:

●      Begini [Standing]                    - RM288

●      Begitu [Standing]                   - RM188

●      Kita Bikin Romantis [Seated]  - RM338

●      Aduh [Seated]                        - RM258

●      Meet & Greet [Add-On]         - RM298

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page