top of page
Search
Writer's pictureEntertainment News

POOVAA LANCAR SINGLE MELAYU PERTAMA ‘KARYA’


Pemenang Artis Baru Terbaik AIM 2014 Pertaruh Bakat & Nasib Tembusi Pasaran Industri Muzik Tempatan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2020 – Pernah dipuji oleh penyanyi lagenda antarabangsa, Michael Bolton, kerana bersuara emas dan mempunyai bakat muzik yang kuat terutamanya dalam bidang nyanyian, Poovaa, bukanlah seorang pendatang baru dan telah pun berkecimpung dalam industri muzik Malaysia sejak sedekad yang lalu. Kini, mempertaruhkan bakat nyanyian dan nasib untuk menembusi pasaran tempatan, beliau kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Karya’ yang telah dicipta dan digubahkan khas oleh komposer terkemuka negara seperti Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Ishak.

Bercerita mengenai single terbaru, Poovaa berkata, Karya menceritakan tentang sebuah kisah cinta yang di mana permulaannya semua indah belaka tanpa sebarang persengketaan kemudian berakhir dengan kesedihan.

Setiap daripada kita ingin mengecapi kebahagiaan akan tetapi banyak permasalahan yang berlaku, ketidakbahagiaan yang berpanjangan tanpa persefahaman akhirnya menjurus kepada perpisahan.

Akan tetapi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya di mana kita harus kuat untuk meneruskan kehidupan dan hari-hari mendatang, semoga ia menjadi pemangkin untuk meneruskan kehidupan tanpa menoleh kebelakang lagi.”

“Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, saya akhirnya beranikan diri untuk menghasilkan single Melayu pertama bagi menembusi pasaran tempatan dan Karya merupakan percaturan saya dalam mengembangkan bakat yang sedia ada,” kata beliau lagi.

Pemenang VIMA Awards pada tahun 2013 dan 2014 ini turut menjelaskan, “Saya memang meminati bidang muzik sejak dari kecil lagi, dan seawal umur 7 tahun saya mula menghadiri kelas piano dan sudah mula berjinak-jinak dalam penghasilan lirik dan melodi.

Hanya setelah beberapa tahun lalu baru saya mula menceburi bidang muzik secara profesional dan kini hampir sedekad, banyak yang telah saya lalui dan pelbagai pengalaman yang saya timba, dan saya rasakan sudah cukup bersedia untuk melebarkan sayap ke peringkat seterusnya.”

Album pertama dalam Bahasa Inggeris yang berjudul ‘Ticket To Faketown’ melonjakkan nama Poovaa di mana beliau memenangi kategori Artis Baru Terbaik di AIM 2014 dan nama Poovaa mula dikenali ramai.

“Saya berharap agar masyarakat Malaysia dapat menerima Karya dengan hati terbuka dan memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kerjaya nyanyian pada masa akan datang, dan dengan pertolongan dari pihak pengurusan Joe PRC International, saya yakin percaturan ini bakal membuahkan hasil,” tambah Poovaa.

Lagu ‘Karya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula 30 Oktober 2020. Manakala video muzik lagu ‘Karya’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube I am Poovaa pada hari yang sama.


Lagu: Karya

Artis: Poovaa

Komposer: Omar K, Shazee Ishak, Firdaus Rahmat

Lirik: Omar K, Shazee Ishak, Firdaus Rahmat

Copyright: Soul Music Productions

Verse 1

Episod pertama

Telah jatuh cinta

Bagaikan mimpi ku dibelai

Tercipta satu mahligai

Episod kedua

Percayakan kata

Biar ragu kian terasa

Namun terus layar leka

Pre Chorus

Makin bertukar halaman

Makin jelas engkau mendustakan

Tak ingin ku baca lagi

Apa yang akan terjadi

Chorus

Kau lakarkan cinta

Hanya karya semata

Cuma permainan sementara

Rupa-rupanya di sebalik waktu

Semua hanya lakonan palsu

Verse 2

Episod ketiga

Indah dari rupa

Bertopengkan senyuman muka

Padamkan coretan janjinya

Repeat Pre Chorus & Chorus

Bridge

Masa menutup

Tirai kasih babak terakhir

Selamat tinggal

Hanyalah yang terucap bibir

Ku tahu akan hadir penggubah baru

Karya ini lebih sempurna tanpaku

Chorus

Kau lakarkan cinta

Hanya karya semata

Cuma permainan sementara

Bukan untuk selamanya

Tapi untuk diperguna

Kau ukir cerita

Bagai watak utama

Dalam kisah kita yang terindah

Rupa-rupanya di sebalik waktu

Semua hanya lakonan palsu

Outro Verse

Episode terakhir

Apa yang ku sangka

Hitam putih kalutan warna

Kasih dilerai binasa

27 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


Post: Blog2_Post
bottom of page